Quote from : Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna Book

Apa sahaja yang dijunjung-tinggi oleh seseorang Muslim sebagai kudus akan sentiasa diperangi lagi digempur oleh Barat melalui wakil-wakil rasmi dan tidak rasminya, daripada kesahihan al-Qur'an al-Karim dan Syariahnya membawa kepada peribadi Rasulullah S.A.W., ahli keluarga serta sahabag baginda, daripada hukum-hakam Syariah sepeti kedudukan wanita dan kekeluargaan eshinggalah kepada dasar-dasar tata-susila Islam. Hatta, kebebasan insan telah pun ditafsir dan ditinjau hanya dari sudut terlepasnya manusia dariapda ikatan agama dan akhlak tradisional dan keagamaan; bukan kebebasan daripada kecenderungan-kecenderungan diri haiwani nan keji.