Quote from : Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Agama Lain Book

Secara ringkasnya, jelaslah bahawa lafaz Allah tidak sesuai, atau tidak layak, digunakan oleh agama-agama yang konsep ketuhanan mereka berbeza dengan ajaran Islam. Walaupun terdapat agama bukan Islam yang dikatakan mengandungi ajaran satu Tuhan seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan Sikh, namun kefahaman mengenai konsep Tuhan Yang Satu mereka adalah berbeza dengan ajaran Islam. Dalam akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah, kalimah Allah itu membawa pengertian keesaan dan pengakuan terhadap keesaan Allah yang tulen serta tidak ada sesuatu yang serupa (syirik) dengan-Nya. Mana mungkin umat Islam memberi kebenaran kepada fahaman atau agama yang mensyirikkan Allah untuk menggunakan lafaz Allah kerana implikasinya terhadap pengertian lafaz Allah amatlah buruk! Tidakkah ini akan termasuk dalam golongan orang-orang yang mempermainkan nama Allah!